Monday 9 April 2012
teacher day
sudah lama dah aku tak menjenguk entri blog nie...walaupun tiap2 hari duduk depan lappy..maaf ye..
even dah bulan 4,...Satu kelainan yang dilakukan dari tahun2 sebelumnya, aku sediakan 1 diary calender khas untuk tahun ini.Tujuan dari diari tersebut adalah untuk memastikan aku mencatit paling kurang 1 ilmu baru yang dipelajari dan menulis aktiviti harian yang dilakukan agar dapat dilihat kemana perginya 24 jam.Sudah menjadi fitrah bahawa setiap orang akan gembira dengan ilmu dan kefahaman yang baru diperolehi setiap hari.
Kenapa?
Kerana ia adalah Warisan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.Segala yang diwariskan Rasulullah semuanya menjadi penyebab kebahgiaan kita dunia dan akhirat.Kalau ahli dunia gembira dengan kekayaan atau harta yang diperolehi,maka para pencinta Rasulullah lebih2 lagi gembira dengan warisan yang diperolehi dari Rasulullah sollahu alaihi wasallam.Maka rugilah seseorang yang harinya bertambah tetapi tidak bertambah ilmunya!
Ya Allah,berkati waktu kami yang berbaki ini...ameen...Firman Allah ta'ala:
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
Berdoalah dengan berkata:"Wahai Tuhanku,tambahilah ilmuku".Surah Toha:114.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)